Kehidupan awal Hani_(penyanyi)

Hani lahir pada 1 Mei 1992 di Seoul, Korea Selatan.[1] Beliau kerap mengambil bahagian dalam sukan triatlon dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Beliau juga merupakan seorang pakar dalam sukan renang khususnya dalam acara kuak kupu-kupu, kuak lentang dan renang sirip.[2] Sebelum kemunculan pertama beliau bersama EXID, beliau pada asalnya dijadualkan untuk membuat kemunculan pertama sebagai ahli kumpulan wanita dibawah JYP Entertainment bersama-sama Hyolyn dari Sistar, Song Ji-eun dari Secret dan Uji dari Bestie. Walau bagaimanapun, beliau disingkirkan daripada JYP selepas setahun. Selepas itu, beliau menyambung pelajaran di China selama setahun.[3][4] Selain daripada Bahasa Korea, beliau juga boleh bertutur di dalam Bahasa Mandarin dan Inggeris.[5]

Rujukan

WikiPedia: Hani_(penyanyi) http://www.allkpop.com/article/2012/02/exid-reveal... http://www.allkpop.com/article/2015/01/hara-joins-... http://www.allkpop.com/article/2015/06/vixxs-ken-a... http://www.allkpop.com/article/2015/07/hani-wows-w... http://tenasia.hankyung.com/archives/534120 http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://www.koreaboo.com/netizens/hani-wows-with-pe... http://www.melon.com/artist/timeline.htm?artistId=... http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=s... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2017011208...